|
Bahaya Nifak |
||
|
Kertas kerja ini telah dibentang
di majlis Forum Ramadan anjuran Masjid al-Khair Singapura. Majlis
diadakan pada 24hb Dec. 2000, jam 10.45 malam yang dipengerusikan
oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Dahlan. Anggota penal terdiri
dari penulis dan Yang Berbahagia Dr. Johari Mat dari University Malaya,
Malaysia.
Penulis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak Masjid al-Khair, para Imam, Tuan Pengerusi Masjid,
Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid, mereka yang terlibat dan kepada penyelaras
Forum Ramadan Encik Mohammad Salleh Mohd Som yang sudi menjemput penulis
dalam majlis tersebut. Semoga semua kegiatan dan usaha suci mereka sentiasa diberkati,
dirahmati, diredhai Allah Azza Wa-Jalla dan juga
semoga sentiasa berjaya. Tak lupa juga
ucapan terima kasih kepada Persatuan Muhammadiyah yang telah berurusan dengan
pihak Masjid al-Khair untuk melibatkan penulis dalam forum yang telah
dimudahkan oleh Allah perjalanannya sehingga mendapat kejayaan.
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ اْلاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ
الدِّيْنَ.
BAHAYA NIFAK
Bermulanya sejarah dan munculnya orang-orang munafik yang
pertama di kalangan umat Islam ialah setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallamberhijrah ke Madinah. Semasa di
Mekkah (zaman Mekkah) tidak wujud orang munafik sama ada secara individu atau
kelompok, kerana hanya ada dua golongan sahaja semasa Nabi menyebarkan dakwah
Islamiyah di Mekkah, iaitu:
Pertama: Golongan kaum
muslimin yang kebanyakannya merahsiakan keimanan mereka demi untuk menyelamatkan
Islam, iman dan dirinya dari tindakan orang-orang kuffar (musyrikin).
Kedua: Golongan atau kaum kuffar musyrikin yang kuat
penentangannya terhadap orang-orang yang beriman.
Contoh yang dibawakan oleh sejarah tentang orang-orang
munafik ialah peranan Kabilah Aus dan Khazraj serta orang-orang yang
mengikuti mereka. Mereka adalah golongan munafik pertama muncul di Madinah,
kemudian mereka mengumpulkan dan menghasut orang-orang di Madinah menjadi
munafik seperti mereka kerana benci dan sakit hati diatas kemenangan kaum
Muslimin dalam peperangan Badar.
Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah
bin Ubay bin Sallul yang menjadi ketua kabilah Kahzrah. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai
raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah
kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga menggagalkan rancangannya menguasai
Madinah. Kegiatan nifak beliau dibantu oleh kawan karibnya Abdullah
bin Ubay.
DEFINISI NIFAK
Nifak dalam Bahasa Arab di ambil dari akar kata (kata
dasar) (نفق اليربوع) yang bererti "Lubang
Tikus", ini kerana kebiasaannya tikus mudah menampakkan jalan
masuk ke lubangnya namun tidak menampakan jalan keluarnya. Maka ia memberi maksud: "Menampakkan
dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan) lawannya".[1]
Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan
nifak ialah Imam Ibn Kathir rahimahullah. Menurut beliau nifak ialah:
اِظْهَارُ الْخَيْرِ وَاِسْرَارُ
الشَّرِّ
Ibn Juraij rahimahullah pula mendefinisikan nifak sebagai:
المنافق يخالف قوله فعله وسره علانيته ومدخله مخرجه ومشهده
مغيبه
"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan
perbuatannya, yang dirahsiakan dengan yang berterang-terangan, yang di dalam
(hati)nya dengan luarannya dan yang dipersaksikannya dengan yang
disembunyikannya".[3]
Menurut pendefinisian Ibn Qaiyim rahimahullah pula bahawa
nifak ialah:
"Nifak itu ialah penyakit
yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya. Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada
manusia. Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan
bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang
yang pembuat kerosakan".[4]
NIFAK TERBAHAGI
DUA
Menurut Ibn Qaiyim lagi, nifak itu terbagi dua:
Pertama: Nifak Akbar, "Nifak
Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan pelakunya
jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam
neraka.[5] Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka
yang paling terbawah (kerak neraka).[6]
Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah:
“Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan
keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan)”.
Antara
contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:
1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih
(as-Sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan mengambil
al-Quran sahaja.
2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian
dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam. Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah,
menghina akhlak Islamiyah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan
hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla yang
alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.
3. Membenci Rasulullah sallallahu
'alaihi wa-sallam sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau
hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai
seorang sayhwani (gila sex atau kaki perempuan).
4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan kemenangan kuffar atau menolong (membantu)
musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi
umat dan Daulah Islamiyah.
5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallamatau menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan
kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:
رَاَيْتَ الْمُنَافِقِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْكَ صُدُوْدًا
“Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi
(manusia) dengan sekuat-kuatnya”.
An-Nisa,
4:61.
Kedua: Nifak Asghar (اصغر),[7] "Nifak kecil" atau nifak
amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling besar. Namun
pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah
apabila perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah
disyariatkan oleh syara. Antara
contoh-contoh nifak kecil ialah:
(1). Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya
sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:
وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ
الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ
“Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang
munafik benar-benar orang pendusta (pembohong)”,
Al-Munafiqun, 63:1.
اِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ اِلَى الْفُجُوْرِ ، وَاِنَّ
الْفُجُورَ يَهْدِيْ اِلَىالنَّارِ ، وَلاَ يَزَلُ الرَّجَلَ يَكْذِبُ
وَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يَكْتُبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا.
"Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan,
kemaksiatan mengarah kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan
sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai
pendusta".
(2). Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
وَاِذَا
وَعَدَ اَخْلَفَ
"Dan
apabila berjanji ia tidak menepatinya"
(3). Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari melakukan pengkhianatan:
وَلاَ
تَخِنُ مَنْ خَانَكَ
"Janganlah
kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"
(4). Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiyah apabila
berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata
bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan
dengan segala kebohongan dan penipuan. Rasulullah
bersabda:
آيَةُ الْمُنَافِقِ اَرْبَعٌ : اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَاِذَا
وَعَدَ اَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ
"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak
menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia
berkhianat".
(5). Gemar menipu (penipuan) sebagaimana yang dijelaskan oleh
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
اِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَيُقَالُ : هَذِهِ غَدْرَةُ فَلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ
"Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya
sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan si Fulan anak si Fulan". H/R Bukhari (5710) Al-Adab.
Ancaman
Allah & Rasulnya Terhadap Penyakit Nifak Kepada Manusia
Allah mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit
nifak dengan azab yang amat pedih iaitu dengan api neraka Jahanam sebagaimana
firmanNya:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِيْنَ بِاَنَّ
لَهُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا
“Khabarkanlah kepada orang-orang
munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih”.
An-Nisa, 4:138.
اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ فِى
الدَّرْكِ الاَسْفَلِ مِنَ النَّارِ
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada
tingkat yang paling bawah dari neraka”.
An-Nisa, 4:145.
اِنَّ اللهَ جَامِعُ
الْمُنَافِقِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيْعًا
“Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang
munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”.
An-Nisa, 4:140.
وَعَدَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ
وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِيْنَ فِيْهَا هِيَ حَسْبُهُمْ ،
وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيْمِ
“Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan
perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi
mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal”.
At-Taubah, 9:68.
لِيُعَذِّبَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ
وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوْبَ اللهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَحِيْمًا
“Sehingga
Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang
musyrikin lelaki dan perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang
mukminin lelaki dan perempuan. Dan
adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Al-Ahzab, 33:73.
Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun
dan mengerikan gambaran siksa dan azab api neraka Jahanam yang pedih yang
diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya. Semuanya itu telah disediakan untuk Si Munafik. Allah tidak akan mungkir janji, orang-orang munafik pasti
akan celaka di dunia dan di akhirat akan mendapat azab yang pedih.
SOALAN:
Apakah amalan menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik
atau ahli nifak merupakan perbuatan yang menggalak sikap berwaspada atau
merupakan perbuatan yang bahaya?
JAWAPAN:
Menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau nifak
bukanlah perbuatan yang bahaya dan salah menurut syara. Di dalam al-Quran, AllahSubhanahu wa-Ta’ala telah menggolongkan manusia kepada tiga golongan,
segolongan darinya terdiri dari orang-orang munafik sebagaimana yang terdapat
penyusunan ayat dan pembahagiannya di surah al-Baqarah:
Pertama: Empat ayat memperkatakan golongan orang-orang beriman.
Kedua: Dua ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang kafir.
Ketiga: Tiga belas ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang munafik.
Ayat yang memperkatakan perihal Si
Munafik melebihi yang lain agar orang-orang beriman mengenal perangai, sikap,
perbuatan dan juga agar berwaspada terhadap kejahatan
mereka. Mereka (Si Munafik) gemar membuat fitnah, banyak melakukan
kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul bersama masyarakat Islam
dan mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang
Islam.
Nifak adalah perbuatan yang
tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan mudah. Orang munafik
lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan dan kesatuan jamaah
umat Islam kerana kekufuran adalah perbuatan yang nampak (kelihatan) dan
mudah diketahui.
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Madinah barulah muncul orang-orang munafik. Namun,
AllahSubhanahu wa-Ta'ala telah
menyingkap tirai Si Munafik dan membuka rahsia-rahsia kejahatan dan kefasadan
mereka. Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang membongkar tentang
rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah
sehingga surah tersebut dinamakan Surah Madiniyah. Sebagaimana firman Allah:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُوْلُ آمَنَّا بِاللهِ
وَبِالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ ، يُخَادِعُوْنَ اللهَ
وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَمَا يَخْدَعُوْنَ اِلاَّ اَنْفُسَهُمْ
وَمَايَشْعُرُوْنَ
"Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman
kepada Allah dan Hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan
orang-orang yang beriman. Mereka
hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya
menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".[8]
Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat
ketua-ketua munafik semuanya bermula setelah wujudnya negara Islam
Madinah. Ia berterusan sehingga mula terbitnya unsur-unsur
perpecahan gara-gara fitnah orang-orang munafik juga bermula di
Madinah. Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan
pemecah-belah umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan
negara Islam dari dahulu sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang
dicipta oleh orang-orang munafik. Mereka ingin
menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam menjadi kuat dan meluas.
Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu
'anhu:
"Mereka (orang-orang munafik)
mudah melahirkan ucapan (لا اله الا الله) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka,
tidak ada niat mereka selain yang demikian."[9]
Berkata Sa'id dari Qatadah:
"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan
dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan
yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".[10]
Paling jelas sifat orang-orang
munafik adalah pendusta. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ
"Dan Allah bersaksi bahawa
sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang pembohong
(pendusta)".
Al-Munafiqun, 63:1
Sifat orang munafik itu penipu. Firman Allah:
يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا
"Mereka hendak menipu Allah dan
orang-orang yang beriman"
Orang munafik tidak termasuk orang yang beriman:
وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ
"Dan sebenarnya mereka
(orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang beriman".
Orang munafik berpenyakit hati:
فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا
"Dalam hati mereka ada
penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".
Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:
اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لاَ
يَشْعُرُوْنَ
“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi
mereka tidak sedar".
Orang munafik adalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak
tahu dan menyedari tentang kebodohannya:
اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفُهَاءُ وَلَكِنْ لاَّ
يَعْلَمُوْنَ
"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka
tidak tahu".
Orang munafik tergolong dalam golongan syaitan:
وَاِذَا خَلَوْا اِلَى شَيَاطِيْنِهِمْ قَالُوْا اِنَّ
مَعَكُمْ اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِؤُوْنَ
"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan
mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami
hanya berolok-olok".
Sifat orang-orang munafik suka mengolok-olokkan,
memperlekeh (mempermain-mainkan) agama Allah:
اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُ وْنَ
"Kami hanyalah berolok-olok".
Sifat atau sikap orang munafik tidak ada pendirian dan
terumbang-ambing:
فِى طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُوْنَ
"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".
Orang-orang munafik membeli (mengambil) kesesatan (bid'ah
kekafiran dan kesyirikan) dengan meninggalkan petunjuk sunnah (keimanan),
mereka tidak akan berjaya dalam perniagaan mereka:
اُوْلَئِكَ الَّذِيْنَ اشْتَرَوْا الضَّلاَلَةَ بِالهُدَى
فَمَارَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوْا مُهْتَدِيْنَ
"Mereka itulah orang yang
membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perningaan mereka
dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".
[1]. Lihat: المدخل لدراسة الاسلامية على مذهب
اهل السنة والجماعة tajuk Nifaq. Dr. Ibrahim
al-Buraikan.
[4]. Lihat: صفات المنافقين hlm.
15. Al-Maktabah al-Islami. Cetakan ke 4. Beirut.
Ibn Qaiym al-Jauzi.
|
bahaya nifak
About Me
Popular Posts
-
BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Dalam kehidupan ini manusia tidak dapat terhindar dalam proses penuaan yang berlaku dalam...
-
Hidrosefalus adalah suatu kondisi peningkatan volume CSF dalam ventrikel yang mengakibatkan pembesaran ventrikel. Tergantung pada me...
-
“Protozoa” berarti “first animal”, suatu bentuk sederhana kehidupan hewan Dapat hidup bebas di laut, air tawar, atau tanah, atau bers...
-
Cross Sectional Studi epidemiologi yang mempelajari prevalensi, distribusi, maupun hubungan penyakit dan paparan dengan mengamati sta...
-
KATA PENGANTAR Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadirat Allah SWT Sang Penguasa sekalian alam ...
-
Konsep Dasar Kesehatan Lingkungan 1. Pengertian Kesehatan lingkungan pada hakekatnya adalah suatu kondisi atau keadaan lingku...
-
I. Gambaran Umum Program Program Percepatan Pembangunan Sanitasi Permukiman (PPSP) merupakan salah satu upaya pemerintah untuk mem...
-
Bakteri Gram Positif dan Gram Negatif Bakteri dapat diklasifikasikan berdasarkan metoda pewarnaan gram menjadi 2 kelompok besar, ya...
-
BAB I Pendahuluan A. Latar Belakang Muhammadiyah sebagai gerakan keagamaan yang berwatak sosiokultural dalam dinamika kese...
-
Kalsium merupakan jenis mineral yang paling berlimpah dalam tubuh manusia. Total rata-rata banyaknya kalsium pada tubuh manusia dewasa k...
ADs
Video of the day
Blog Archive
Diberdayakan oleh Blogger.
Blog List
Mengenai Saya
- yayan nurlian
- Yayan. Mahasiswi S1 Kesehatan Masyarakat, Fakultas Ilmu Kesehatan di Universitas Muhammadiyah Pontianak. Do The Best, Fight
Tidak ada komentar:
Posting Komentar